Dec 5, 2016

Hormat atau takut?

Dia terdiam
apa saja yang terluah dari mulut kau
dia mengiyakan, dia anggukkan
mungkin kerana dia hormat

dia terdiam
pabila semua yg dia mau lakukan
kau larang, kau marah.
dia tak melawan
Mungkin kerana dia takut

Lalu dia belakangkan kau
buat apa dia suka
sbb tidak mahu kau tahu
takut nanti kene marah

Dia tahu ini tak betul
dia lalu beritahu kau
segala jenayah dan salah yg dia buat
dgn harapan supaya kau boleh betulkan dia.
dia bilang dalam hati,
'aku hormat dia'
walhal ,

kau kecewa dan dia kecewa
kau kecewa perbuatannya
dia kecewa
seolahnya mau kau faham dia
tapi dia bodoh
tidak tahu kau tak mahu faham dia
Dia terdiam.

kau suruh dia henti,
buat pula seperti yang kau mahu
kepala angguk walhal hati tak mahu
kau anggap dia hormat padamu

No comments:

Post a Comment

open this