Dec 4, 2016

Kau kenal dia, tapi TIDAK KENAL

Yang cuma kau nampak fizikal dia
Yang kau tidak nampak emosi nya, mental dia. 

Iyalah, benda tersirat, mcm mana mau nampak?

Hey Bodoh, pakcik gila pun boleh nampak. 
Mungkin sebab itu dia gila
Pakcik gila boleh nampak sedangkan yg lain tak nampak
Boleh nampak hati si perempuan itu sudah mati 

Berjalan berseorangan, melihat di awangan. 
Orang lihat dia "mental mungkin budak ni'
sedang dia bergelut melihat dunia
yang baginya sungguh serabut untuk dihadapi

Dunia yang sarat dengan manusia palsu. 
didepan cantek, belakang huduh 
didepan baik, belakang nista
didepan bermadah, belakang mengeji 

kau lihat dia tidak berperasaan, 
kau kata dia overthinking. 
sedangkan dia obesethinking 
terlalu banyak difikir sehingga tepu
tak mahu diluah, lalu disimpan sahaja. 

Mungkin aku si gila itu,
Mungkin aku si perempuan itu,

Mungkin.


No comments:

Post a Comment

open this