Jan 27, 2017

menjadi lelaki dunia

bila kau mahu,
kau goda perempuan itu,
bila kau mahu,
seolah lembut gigi dari lidah
seribu satu janji
janji manis , pastinya.

setelah kau dapat,
kau goda lagi
untuk puaskan kau
beribu kali
kau tabur semua janji
agar dia buta mata
supaya dia nampak
cuma kau semata.

si dia juga bodoh
yg cuma dia nampak
lelaki itu sempurna
mampu bahagiakan dia
walhal dia tak nampak
itu cuma sementara

sekarang diri terseksa
kena menjaga hasilnya.
kau berseorang.
dia? tah kemana.
kau tangis tiada guna
dia itu seperti peribahasa.
habis madu sepah dibuang.

merantaulah kau.
bawa diri tah kemana
perut diusung sana sini
lebih baik lah kau mati
dari kau seksa sendiri.

No comments:

Post a Comment

open this