Jan 27, 2017

menjadi lelaki dunia

bila kau mahu,
kau goda perempuan itu,
bila kau mahu,
seolah lembut gigi dari lidah
seribu satu janji
janji manis , pastinya.

setelah kau dapat,
kau goda lagi
untuk puaskan kau
beribu kali
kau tabur semua janji
agar dia buta mata
supaya dia nampak
cuma kau semata.

si dia juga bodoh
yg cuma dia nampak
lelaki itu sempurna
mampu bahagiakan dia
walhal dia tak nampak
itu cuma sementara

sekarang diri terseksa
kena menjaga hasilnya.
kau berseorang.
dia? tah kemana.
kau tangis tiada guna
dia itu seperti peribahasa.
habis madu sepah dibuang.

merantaulah kau.
bawa diri tah kemana
perut diusung sana sini
lebih baik lah kau mati
dari kau seksa sendiri.

Jan 20, 2017

Hati mati

dan hati aku  sudah tidak berperisa.
tiada 'spark', kata orang
jangan kau hairan
bila aku kau maki,
aku hanya diam dan senyum
hati aku dah mati

dan bila kau kata kau cinta
aku hanya diam dan senyum
hati aku dah tiada utk cinta.
kau kan kata aku gila
bila aku hanya diam
pada kau punya jenaka

orang nak bercerita,
silakan
aku tadahkan telinga.
mahukan aku bercerita
seperti dahulu kala
jangansampai kiamat tiba.

bila tiba purnama
aku menangis bagai nak gila
kenapa?
yg tahu tiada siapa
cuma aku dan Dia.
kerna hati aku mati
tiada perasaan lagi
senyum tak nampak gigi
bercakap tak cukup perenggan lagi.

Jan 3, 2017

alih angin

yg melaluinya aku.
mudah beralih angin
dari senyum kepada muncung,
dari gelak kepada tangisan
dari manja kepada makian
dari petah kepada berdiam
 dlm 1 minit.

mood swing kah?
atau hanya gila?

Jan 1, 2017

1st Jan '17

upgraded to 21.  still 16 at heart but 25 at mind. maybe.

2016 is like a roller coaster for me, lots of ups and down, been working like most of the days and have fewer days with friends. thats life, if you want to achieve something, u gotta sacrifice something, and i choose to sacrifice my studies and friends. 

If 2016 happen in one night, its going to be flooded cause i do cry a lot, literally a lot. crying for watching dramas, crying for missing mom, crying when reading quran, crying for work, crying for losing people, crying for novels, crying for sick animals, crying for dying people in those bombeb countries, crying for periodpain, crying for breaking other people's phone. happy crying over a chocolate. nonsence yet idiotic, yeah i know. 

It was 40:60  for my happiness to sadness. I enjoy most of things,but i dont.