Nov 29, 2017

Kak lang rindu

Mak...  Mak sihat ke tu. 
Kak lang rindu. Teramat sangat
Boleh x kak lang nak ikot mak?
Mak pergi tetiba.  tak tinggal pesan.
Xpernah ckp dgn kaklang
Hidup tu sakit.
Hidup tu tak adil.

Family x macam time mak ada dulu. 
Semua pecah belah. 
Tarik muka tu dh biasa. 
Adik berdua tu makin truk. 
Adik yg baik pun makin teruk.
Sebab mak takde nk tegur dia.

Abah?
Mampu gelak sajalah dgn perangai abah tu.

Sungguh.  Kak lang tak sanggup
Penat menangis.
Siang dan malam
Rindukan mak
Rindukan family kita yg dulu. 

Baleklah mak. 
Baleklah.  Pleasee
Kak lang rindu. 

Penat

Aku lelah. 
Tolong aku
Aku lemas
Aku tak sanggup nak hadap dunia.
Tolong aku
Tolong...  

Aku nak mati
Aku nak ikot mak
Aku xnk hidup
Hidup ni cuma sakit.
Orang kata ad pelangi lps hujan..
Tp yg dtg cuma cuma guruh n kilat lps hujan
.
Hujan yg xd henti

Sep 26, 2017

Cermin

Orang kata
Manusia yg paling rapat dgn kita adalah cerminan diri kita.
Apa maksudnya sih?
Apa mungkin temenku jelek, maka aku juga ikut jelek?
Atau temenku cantik, maka diriku terautomotis cantik?

Telahku selalu salah
Ternyata jika orang kelilingku orang yg baik,
Maka aku juga lansung ikut jadi orang yg baik, luar dalamnya.

Tapi awas, jika yang dikeliling itu buruk membusuk,
Maka kita tidak ubah seperti rumah sampah. Sentiasa membusuk

Mar 26, 2017

2 Dunia

Bezanya aku dan dia
Seperti langit dan bumi

Dia baik
Dia beragama
Dia tetap dihati kau
Walau dia pergi betapa lama

Tidak hairan lah aku
Jika kau melihatku dulu
Terima aku dalam hidup kau
Mungkin kau nampak dia dalam aku
Tapi aku bukan dia

Aku melihat mata kau
Mata itu tak menampakkan aku
Mata itu masih dgn pandangan dia

Jika aku mengingatkan kau kepadanya,  tinggalkan aku. 

Feb 9, 2017

Tekad

pertama kali
setelah banjir dalam air mata
aku tekad. 

untuk ubahkan pandangan mata
dari yang luar biasa
kepada biasa sahaja.

sbb aku dah tak mampu
nak pikul yang luar biasa
yang sakitkan hati saja


untung lihat yang biasa sahaja
lebih buatkan aku selesa.
buat masa sekarang.

Jan 27, 2017

menjadi lelaki dunia

bila kau mahu,
kau goda perempuan itu,
bila kau mahu,
seolah lembut gigi dari lidah
seribu satu janji
janji manis , pastinya.

setelah kau dapat,
kau goda lagi
untuk puaskan kau
beribu kali
kau tabur semua janji
agar dia buta mata
supaya dia nampak
cuma kau semata.

si dia juga bodoh
yg cuma dia nampak
lelaki itu sempurna
mampu bahagiakan dia
walhal dia tak nampak
itu cuma sementara

sekarang diri terseksa
kena menjaga hasilnya.
kau berseorang.
dia? tah kemana.
kau tangis tiada guna
dia itu seperti peribahasa.
habis madu sepah dibuang.

merantaulah kau.
bawa diri tah kemana
perut diusung sana sini
lebih baik lah kau mati
dari kau seksa sendiri.

Jan 20, 2017

Hati mati

dan hati aku  sudah tidak berperisa.
tiada 'spark', kata orang
jangan kau hairan
bila aku kau maki,
aku hanya diam dan senyum
hati aku dah mati

dan bila kau kata kau cinta
aku hanya diam dan senyum
hati aku dah tiada utk cinta.
kau kan kata aku gila
bila aku hanya diam
pada kau punya jenaka

orang nak bercerita,
silakan
aku tadahkan telinga.
mahukan aku bercerita
seperti dahulu kala
jangansampai kiamat tiba.

bila tiba purnama
aku menangis bagai nak gila
kenapa?
yg tahu tiada siapa
cuma aku dan Dia.
kerna hati aku mati
tiada perasaan lagi
senyum tak nampak gigi
bercakap tak cukup perenggan lagi.

Jan 3, 2017

alih angin

yg melaluinya aku.
mudah beralih angin
dari senyum kepada muncung,
dari gelak kepada tangisan
dari manja kepada makian
dari petah kepada berdiam
 dlm 1 minit.

mood swing kah?
atau hanya gila?

Jan 1, 2017

1st Jan '17

upgraded to 21.  still 16 at heart but 25 at mind. maybe.

2016 is like a roller coaster for me, lots of ups and down, been working like most of the days and have fewer days with friends. thats life, if you want to achieve something, u gotta sacrifice something, and i choose to sacrifice my studies and friends. 

If 2016 happen in one night, its going to be flooded cause i do cry a lot, literally a lot. crying for watching dramas, crying for missing mom, crying when reading quran, crying for work, crying for losing people, crying for novels, crying for sick animals, crying for dying people in those bombeb countries, crying for periodpain, crying for breaking other people's phone. happy crying over a chocolate. nonsence yet idiotic, yeah i know. 

It was 40:60  for my happiness to sadness. I enjoy most of things,but i dont.