Dec 31, 2016

Bercerita

dan bila aku bercerita seolah yang lepas itu tiada scar-nya.
walhal hati meraung mahu gegar dunia.
aku bilang semua org ada past nya
dan kerja kita utk bimbing org.
walhal.
diri sendiri terumbang ambing.
tak mampu pimpim diri

Dec 26, 2016

26/12

bila aku rasa mati lagi bagus

Dec 21, 2016

Pagi ni

Lebam mata dek tangis semalam.
bengkak seolah tak mahu buka
dan apa yang aku buat,
aku tidak menyesal.
bye, dunia.

kemurungan atau gila?

I currently going through all this now. wish me luck


Tanda-tanda Kemurungan
  • Kesedihan, kepiluan, kesepian (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan
  • Gangguan tidur, sukar tidur (imsonia) atau . berlebihan tidur
  • Cepat letih. lesu dan tidak bermaya /bertenaga
  • Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan ( tanpa kenikmatan)
  • Amat sensitif , pendiam  dan suka mengasingkan diri
  • Perasaan pesimistik  Hilang semangat, putus asa/putus harapan
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
  • Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku.
  • "Rasa hidup tidak bermakna / lebih baik mati" (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi suka jika kematian berlaku pada diri. Ini menyebabkan pesakit tidak cenderung untuk mengurus diri dan dan membiarkan kesihatan dan keselamatan diri terganggu.   Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri  boleh juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau rawatan.
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah
  • Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
  • Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, alcohol atau dadah.
  • Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi dan gangguan penghazaman, loya serta semput) 
Tips Untuk Mengatasi

  • Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku  salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua  simpton tersebut berlaku.  Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan membantu

  • Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan  mendekatkan diri  kepada Allah, pasrahkan diri dan redha  dengan ketentuanNya.  Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.

  • Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan berzikir

  • Jika terasa ingin menagis, menangislah untuk menghilangkan  sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia.  Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan didengar  oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.

  • Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang –orang lain yang memerlukan kita. Jika kita  terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada mereka.

  • Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri
    • Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku.
    • Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.
    • Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan teratur.
    • BELAJAR  SEDIKIT DEMI SEDIKIT UNTUK MENERIMA KEHILANGAN YANG BERLAKU DAN MULAKAN PENGHIDUPAN BARU.  YANG PERGI HANYALAH JASAD, TETAPI , CINTA DAN KASIH SAYANGNYA TETAP ADA DIHATI KITA, TEGUHKAN SEMANGAT DENGAN TERSEBUT. 
    • JIKA HILANG SESUATU YANG BERHARGA PADA DIRI, BINALAH YANG BARU, KERANA SEMUA ITU TERLETAK PADA DIRI SENDIRI.  ORANG YANG PALING PENTING UNTUK BERUSAHA MENGEMBALIKAN KEBAHAGIAN DAN KEHARMONIAN HIDUP KITA ADALAH KITA SENDIR

Dec 20, 2016

Sedar Diri

Dia masih disitu
tidak beranjak walau se-cm
masih terkepung
dek griefing-nya

dia mencari bahagia di kaca maya dunia
masih tidak berjumpa
lalu dia berhenti.
toleh ke belakang
menguatkan dia utk kehadapan

apa di belakang?
kemurungan dia. kesedihan dia.
yg tiada siapa yg faham
tp dia sedar diri,
dia yg kene ubah diri.

Dia melangkah,
tp terbaling ke belakang semula
dek anasir bodoh yg mahu disiat mulutnya
dia masih seperti dulu,
masih mengumpul tenaga utk mara
buat masa sekarang,
dia masih sedar diri.

Dec 15, 2016

Dua Muka

di muka engkau dia gelak, dia senyum. 
tak pernah kau lihat dia sedih, mahu tangis.
its obvious, isnt? 
that shes hiding her sadness from you.
maybe its not time yet. 

Give her time, give her space. 
when the time is come, she will speak it out loud 

Dec 13, 2016

Just because

Just because my eyes doesnt tear, 
Doesnt mean my heart doesnt cry.
And just because I come off strong,
Doesnt mean theres nothing wrong.

Dec 9, 2016

5.51 am

 Tulisan bukan hanya untuk dibaca, tapi juga dirasa. Then you’ll understand. Completely. 

Dec 8, 2016

It's hurting me to see you hurt

This post either gonna be a short post,or a really long post. lets see bout it then.

Bismillahirrahmanirrahim..

I see you when i see you 
But now when i see you, 
i dont see you anymore.
As if youre not there
with me, unlike u used to be 

All of those promises
i guess it didnt work anymore
and they are right 
dont make promises when youre happy,
dont make decision when youre mad

For i had done both of it , 
and i;m drowning in it. 
chocked between my decision and my promises 

when i want it, my decision stopped me.
when i hate it, my promises demands on me 
i hate this
i hate it when i can do nothing 
i hate it when this hurt me 

and much worse 
its hurting me to see you hurt 
yet i can do nithing 
how silly of me keeping you in 
to make me happy while youre not.

how greedy i am keeping u by myside
while youre suffers
till its hurting you
and its hurting me to see you hurt

I'm sorry 


Dec 5, 2016

Hormat atau takut?

Dia terdiam
apa saja yang terluah dari mulut kau
dia mengiyakan, dia anggukkan
mungkin kerana dia hormat

dia terdiam
pabila semua yg dia mau lakukan
kau larang, kau marah.
dia tak melawan
Mungkin kerana dia takut

Lalu dia belakangkan kau
buat apa dia suka
sbb tidak mahu kau tahu
takut nanti kene marah

Dia tahu ini tak betul
dia lalu beritahu kau
segala jenayah dan salah yg dia buat
dgn harapan supaya kau boleh betulkan dia.
dia bilang dalam hati,
'aku hormat dia'
walhal ,

kau kecewa dan dia kecewa
kau kecewa perbuatannya
dia kecewa
seolahnya mau kau faham dia
tapi dia bodoh
tidak tahu kau tak mahu faham dia
Dia terdiam.

kau suruh dia henti,
buat pula seperti yang kau mahu
kepala angguk walhal hati tak mahu
kau anggap dia hormat padamu

Dec 4, 2016

Kau kenal dia, tapi TIDAK KENAL

Yang cuma kau nampak fizikal dia
Yang kau tidak nampak emosi nya, mental dia. 

Iyalah, benda tersirat, mcm mana mau nampak?

Hey Bodoh, pakcik gila pun boleh nampak. 
Mungkin sebab itu dia gila
Pakcik gila boleh nampak sedangkan yg lain tak nampak
Boleh nampak hati si perempuan itu sudah mati 

Berjalan berseorangan, melihat di awangan. 
Orang lihat dia "mental mungkin budak ni'
sedang dia bergelut melihat dunia
yang baginya sungguh serabut untuk dihadapi

Dunia yang sarat dengan manusia palsu. 
didepan cantek, belakang huduh 
didepan baik, belakang nista
didepan bermadah, belakang mengeji 

kau lihat dia tidak berperasaan, 
kau kata dia overthinking. 
sedangkan dia obesethinking 
terlalu banyak difikir sehingga tepu
tak mahu diluah, lalu disimpan sahaja. 

Mungkin aku si gila itu,
Mungkin aku si perempuan itu,

Mungkin.


4/12 semakin mati

Bismillahirrahmanirrahim..


yes, selepas setahun baru blogging semula. nak amik ilham yg susah tu. lelagi dengan memacam bende jadi ni, aku rasa mcm tak worth it nak menulis, tak rasa excited nak cerita memacam. entah aku semakin rasa hambar, kurang bercakap dengan org, elakkan dari duduk reramai dalam satu tempat, sbg contoh, bila adik beradik aku kumpul kat ruang tamu, aku  lari masuk bilik, terperap je dlm bilik eventho aku xd bt papee kat dlm bilik, sekadar termenung tgk kipas bilik duk berpusing, duk on off phone pdhl xd sapa text aku pun, duk tgk gallery beribu kali. org whatsapp pun aku dh tak nak balas. 

adakah ini satu tanda kemurungan? hmm entahlah. maybe this is the phase where i felt like the hardest hit in my life. ape tah lagi bila aku mula kenal orang baru , ramai orang baru act dekat kem tu, semakin aku tengok kerenah manusia , semakin aku rasa tepu. semakin aku mengelak dari orang. malas nak melayan mungkin. 

nak tengok aku gelak, memang cukup mudah, dgn tgk vid kelakar kat fb n youtube... aku gelak sesorg. tapi lepas habis video? habis lah aku punya gelak dan senyuman. rasa semakin hambar. 
mungkin lps ni aku akan  lebih kerap post di blog ni , nak lepaskan perasaan aku secara non verbal. dah kurang bercakap dengan manusia maksudnya kene lebih cakap dengan laptop?? 

and yes , if lepas ni korang ad ternampak aku kat memana mall or terjumpa aku dengan muka pucat atau kau nampak aku termenung ke apa . jangan tegur sbb tu mmg diri aku yg sebenar, greet je mcm biasa, cuma jgn lah tegur psl ai termenung. segan ai, hihi ini bukan satu kebiasaan Nur Azielah bt Aziz. i know. lets just hope this is just a phase. 

 till then. 

Assalammualaikum